Isnin, 2 Disember 2013

Best ke arkeologi??!

Assalamualaikum ^^


Sape tahu apa tu arkeologi??? 
*cepat2, sape tahu sila jawab ~ 
 hehehe.... 

Haaaa, jawapannya senang aje. Arkeologi  merupakan satu bidang kajian tentang budaya masyarakat prasejarah. 

Ok, sebenarnya saya minat sangat dengan arkeologi. Sejak form 1 weh!! Bila masuk kelas sejarah, otak saya memang segar-bugar ibarat bunga diwaktu pagi. haaa, tengok betapa semangatnya masa tu. hahaha....Dalam subjek sejarah la saya mula kenal apa itu ARKEOLOGI. Dan sekarang peluang saya untuk belajar bidang arkeologi tercapai jugak! Alhamdulillah. 

Orang selalu tanya, tak takut ke tengok tengkorak, tengok mayat kena awet... eei, tak best la arkeologi kena masuk hutan masuk gua. Ok, secara realitinya, anda tidak akan berasa takut dengan semua tu bila masuk ke dalam kelas arkeologi. Plus, terasa lebih adventure dan excited. Nak feeling ala-ala cerita Indiana Jones pun boleh kau. hahaha.... 

Arkeologi nie boleh juga dianggap sebagai "detektif". Amacam? Hebat kan. Tapi bukan sebarang detektif taw. Nie detektif yang mencari bahan bukti masa lampau dan membina semula kebudayaan manusia yang telah lama ditinggalkan.

Kalau korang nak tahu, arkeologi nie terdapat beberapa jenis. Antaranya : 

:: Arkeologi prasejarah 
:: Arkeologi Klasik
:: Etnoarkeologi
:: Arkeologi persekitaran 
:: Arkeologi sejarah 
:: Arkeologi bawah air 
:: Archaeometry/ arkeological science 
:: Arkeologi eksperimen 

Secara amnya,arkeologi terbahagi kepada empat kumpulan. Iaitu : 

:: Arkeologi prasejarah 
:: Arkeologi sejarah 
:: Arkeologi klasik 
:: Arkeologi bawah air








So, menarik kan arkeologi. Tak kenal maka tak cinta. hehehe.... 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan