Assalamualaikum ^^
OMK! Melalui belahan rambut pun orang boleh tahu tentang peribadi diri eh? Jom baca apa yang rahsia tentang belahan rambut anda. Kot la ada yang tepat. hehehe....
:: BELAHAN RAMBUT SEBELAH KANAN
Kamu yang memiliki belahan rambut sebelah kanan mempunyai
sifat sentimental yang cukup tinggi atau dengan kata lain, sangat perasa
orangnya. Sering menggunakan perasaan terhadap sesuatu pekara, kamu juga
seorang yang bersikap terbuka, murah hati dan di sukai kerana memiliki
keperibadian yang penyayang.
:: BELAHAN RAMBUT SEBELAH KIRI
Bagi orang dengan belahan rambut sebelah kiri memiliki sifat
ketegasan yang baik.ini kerana kamu mengutamakan logika dan mudah menemukan
penyelesaian yang adil. Orang seperti ini mempunyai sikap teratur dan terurus
sehingga kamu mampu fokus untuk mencapai sesuatu tujuan.
:: BELAHAN RAMBUT DI TENGAH
Pemiliki belahan rambut di tengah pula memiliki pola fikiran
yang seimbang. Keseimbangan ini menjadi daya tarikan orang di sekeliling kerana
kamu mempunyai gaya yang santai dan baik kerana selalu berfikiran secara
seimbang dan tahu saat bila kamu harus ke belakang dalam suatu keadaan.
:: TIADA BELAHAN RAMBUT
Rambut tanpa belahan menandaqkan kamu seorang yang
berfikiran imaginative. Kamu tergolong dalam kelompok orang yang kreatif kerana
sentiasa mempunyai idea pada waktu-waktu getir. Selain itu, kamu juga seorang
yang misteri namun punya sedikit sisi manja.
So, macamne? Sama ke dengan keperibadian korang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan