Jumaat, 8 November 2013

Apa style rambut anda??


Assalamualaikum ^^

OMK! Melalui belahan rambut pun orang boleh tahu tentang peribadi diri eh? Jom baca apa yang rahsia tentang belahan rambut anda. Kot la ada yang tepat. hehehe....


::  BELAHAN RAMBUT SEBELAH KANAN
Kamu yang memiliki belahan rambut sebelah kanan mempunyai sifat sentimental yang cukup tinggi atau dengan kata lain, sangat perasa orangnya. Sering menggunakan perasaan terhadap sesuatu pekara, kamu juga seorang yang bersikap terbuka, murah hati dan di sukai kerana memiliki keperibadian yang penyayang.


::  BELAHAN RAMBUT SEBELAH KIRI
Bagi orang dengan belahan rambut sebelah kiri memiliki sifat ketegasan yang baik.ini kerana kamu mengutamakan logika dan mudah menemukan penyelesaian yang adil. Orang seperti ini mempunyai sikap teratur dan terurus sehingga kamu mampu fokus untuk mencapai sesuatu tujuan.


:: BELAHAN RAMBUT DI TENGAH
Pemiliki belahan rambut di tengah pula memiliki pola fikiran yang seimbang. Keseimbangan ini menjadi daya tarikan orang di sekeliling kerana kamu mempunyai gaya yang santai dan baik kerana selalu berfikiran secara seimbang dan tahu saat bila kamu harus ke belakang dalam suatu keadaan.


:: TIADA BELAHAN RAMBUT
Rambut tanpa belahan menandaqkan kamu seorang yang berfikiran imaginative. Kamu tergolong dalam kelompok orang yang kreatif kerana sentiasa mempunyai idea pada waktu-waktu getir. Selain itu, kamu juga seorang yang misteri namun punya sedikit sisi manja.


 So, macamne? Sama ke dengan keperibadian korang?


  





Salam Jumaat, chill~


 Assalamualaikum ^^

Ada sedikit perkongsian untuk korang, tadaa~~ mungkin ada yang dah tahu. So, tak perlu kan cakap panjang-panjang. Nie sebagai peringatan kepada yang dah terlupa dan panduan kepada yang baru tahu. hehehe....